Saturday 28 March 2015

Rahsia Disebalik Butiran SOYA.



Assalamualaikum...hari ni terajin nak share pasal soya. Iyer kacang soya..tapi bukan sebarang soya..soya datang dari shaklee..hihi...iaitu SOYA ESP la.

ESP diperbuat dari soya. SOYA. produk soya ni kontroversi sikit. Betoi x? Soya bahaya la. Soya buat kanser la. SOYA ESP tak sama dengan soya kat luar sana. Soya ESP ni soya NON GMO.

SOYA=Protein

Protein kat mana kita boleh dapat? Kat ikan,ayam,daging,telor,kekacang. Banyakkan sumber protein tapi kenapa kita perlu ESP dari shaklee ni? Baik makan ikan je, ayam je, daging je, telor je.

Haaa sebenarnye protein ni kita boleh dapat dalam makanan harian, tapi protein ni mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Jadi bila benda ni terjadi..tubuh kita akan serap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng dan apa jua masakan terutamanya yang bergoreng

Dahla tak dapat protein lepas tu dapat minyak pulak.. isk..isk..isk..kesian badan kita..selalu kita goreng suhu berapa? Kita bakar pulak suhu berapa? So yang tinggal kst kita lepas sume proses tu berlaku? Tinggal minyak dan lemak je. Jadi protein dalam badan kita tak cukup.

PENTING KER PROTEIN NI?

Struktur asas badan manusia terdiri daripada sel. Segala penyakit zaman moden ni disebabkan oleh pengumpulan sel-sel uang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum. Protein di perlukan untuk menghasilkan hormon,enzyme,antibodi dan neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) Daripada protein-rambut,kuku,otot-otot adalah protein. Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

KENAPA DENGAN SOYA ESP SHAKLEE

Soya ni dikatakan tak elok dan bahaya adalah disebabkan ianya GMO SOY. iaitu soya yang telah diubah secara genetik..tapi soya ESP bukan. Soya ESP SHAKLEE ni soya NON GMO.

Soya ESP ialah soya NON GMO dan SELAMAT. Sebab ada 7 ciri nie.

1. Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organik

2. Kacang soya tu mestilan Non GMO (tak dihasilkan secara genetic)

3. Soy Protein tu mesti mengandungi 9 asid amino yang diperlukan dalam badan

4. Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alkohol

5. Bahan anti-thyroid / anti-growth substance mesti disingkirkan

6. Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan

7. Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur kalsium untuk meneutralkan asid di dalamnya


Ha sebab tu la soya ESP ni diyakini selamat dan berkesan.. masih ragu-ragu nak minum soya ESP?



Sebarang pertanyaan dan info produk shaklee boleh terus hubungi 0133077243



Saturday 21 March 2015

Resepi Sagu Kuah Kastard

   


Selalu kita makan atau dengar sagu gula melaka kn..kali ni atas permintaan maharaja is...marilah kita buat sagu kuah kastard..walaupun aku xpenah buat da makan..tapi tak leh jadi alasan kannnn....encik google kan ado...

Google punya google...last2 decide nak tipon mak dia jela tanya resepi...hihi..sonang..ni la resepi mak c.is

1 cawan sagu
1 cawan air
Gula
1 sudu sunquick
2 sudu tepung kastard
Garam 
1 tin susu cair
Pewarna merah

Okeh...mula2 sinsing tangan baju dlu...hihi.
Rendam sagu ngn air bg kembang...jap je dlm 10 mnt pon boley...
Sambil tu didihkan secawan air dlm periuk..bila da didih masukkan je sagu dalam tu..dengan api sederhana ye tuan puan...masuk kan gula, pewarna ikot suka korang la nak merah ke biru ke nk buat kale pelangi ke..pastu masukkan  bahan rahsia iaitu SUNQUICK...ltak ckit je..dalam 1 sudu sebab nak bagi rasa masam2 sikit..haa gitu...bagi sagu tu masak smpai wane putih dalam sagu tu hilang..kalo tak hilang pon takpe.

Pastu meh la kita masak kuah kastardnye 

Masukkan 1 tin susu cair ,bancuhkan tepung kastard dengan air sikit pastu campur sekali. Masukkan garam ni penting ye..sebab nak bagi rasa lemak2 ckit..pastu gula jgn lupa pulak..kang xmanis ler...kalo korang rasa nk kuah bantak dan cair keh tmbah air lg 1/2 tin...ok...masakla sampai dia likat ckit.bila sagu dan kuah da siap bolehla taruk dalam bekas asing2... bila nk mkn baru campur yer...

Nak lagi sedapp masukkan dalam peti ais. .pergghhhg...dapnyeee makan sejuk2.. kena lak sekarang musim panas kan...torbaiiik habaq ang..














 

Resepi Spageti Bolognes

                                   


Senyum.....
hahaha....cantik senyuman anda2 semua yer..
 kita nak share resepi ni...cepat2 sediakan buku kertas pen semua bagai yer..

malam ni kelas masak spageti...mesti ada yang tak tau kan macam mana nak masak spageti. aku dulu pon tak tau jugak tapi sekarang da selalu sangat kena masak so okey la kan boleh la tahan sedap...ni stok puji diri sendiri..hihihi..sila abaikan dua serangga comel yang bertengek kat tepi pinggan aku tuh yer..sapo la punye koje nih..rosak deko-deko i tau..huhu

resepi aku ni simple mimple sangat. sebab?? pakai daging bege ramly dengan batang saderi jer..
tapi jangan ingat aku masak pakai dua benda tu jer...ada la sos dengan spagetinye..



malam semalam terlajak rajin wat spageti yang cucuk-cucuk kat sosej tu...ni terpengaruh gambar kat fb la ni..suka nau tiru..yela da cam comel je? cam comel je? harus la tiru kennnn..
okehh...ni resepi 3 orang makan.. ehh 3 orang yang kurus-kurus ye

Bahan-bahan
1/3 paket spageti
1 botol sos prego traditional
1 paket daging bege ramly
batang saderi
sosej
mentega
garam
gula
serbuk lada hitam

Bahan Kisar @ Potong

1bijik bawang besar
2 ulas bawang putih
10 bijik cili kering

Cara-cara

  • potong sosej jadi beberapa bahagian....pastu cucuk spageti dekat sosej..tak payah banyak. dalam lima batang pon okeh..baru cantik kalo sikit-sikit..aku ni tak berseni..asal cucuk je patah asal patah je aku cucuk..adoi..bersepah2 pulak..itu yang senget benget tengok.
  • sambil tu jangan lupa masak air campur mentega atau minyak pastu taruk garam sikit..nanti da didih air tu so sila la campak spageti yang dicucuk2 tadi..sampai masak.. camne naktahu spageti da masak..amek sikit spageti tadi pastu campak kat dinding..kalo melekat da masak la tu. pastu kaler dia cam da tuka jadi cam kuning cair camtu so da boleh la angkat na. 
  • potong daging bege kecik2 dan goreng dulu..lps tu angkat dan tumis bahan2 kisar tadi sampai naik bau.
  • masukkan sos prego dan tambah air dalam 1/2 botol prego tadi tuang je sekali.
  • masuk kan daging bege dengan batang saderi yang dah di potong kecik2..
  • last sekali perasakan dengna garam gula dan lada hitam...korang boleh jugak nak tambah serbuk oregano ke mix herb ke lada putih ke...kalo ada tu lagi sedap. tapi kalo tak letak pun boleh sebab dalam sos prego da complete da sume..ha lupa nak bagitau...spageti tu lepas angkat jangan lupa gaul dengan mentega atau minyak sebab nanti dia takla melekat dan nampak shinning je sokmo..huhu
okey...da siap bolehla hidang..makan dengan mayonis dengan chese...huh...sodap!






Thursday 19 March 2015

Piring Terbang a.k.a Piring Astro Dah Sampai







Saje gedik2 nak panggil piring terbang walaupun sebenarnya piring astro...hihi..tp ni bukan aku punya..ni penghuni lame rumah aku yang punya..dia tak cabut jd aku pakai ler..yang aku simpan ler..nanti pindah umah hangkut je sekali..
2 hari lepas kita da pasang astro kt umah...walawehhhh syioookkk habaq ang... terang dunia..haha..sebenarnya takde niat pon nak pasang astro. tapi dah tiba-tiba tv lama aku buat hal xboleh nak on...apekehal nye...kenala beli tv baru..hai la tv..nasib ko buat hal time aku banyak duet. kalo x memang tak akan aku beli lagi.

pastu bila da beli tv cantik..nipis..melekat kat dinding..masalah jugak...sebab pakai arial tv lame so gamba tak terang la u...dok berjalur2 macam kuda belang pulak. hoi!! sakit nya tuh disini ! maka mari laah kita pasang hajat pasang astro. bukan maen susah nak cari ejen astro kat kawasan umah aku ni..nak daftar online malas...tu la pasal...cari punya cari sib baik jumpa jugak..sonang cito..dapat ni pamplet..balik study sampai tido2 terus..muahahaha..

lepas survey2 pakej yang best so decide nk amek pakej yang ada HD..motif?? sebab nak tengok gambar cam real..air terpercik2 macam kuar dari tv gitu..muahahaha.. mengada gila okeh.

ni pilihan yg ado la...


so kitorang amek family pack + 2 mini pack + movie + service hd..so total rm111.25 after gst...ha hambek ko bayar tiap bulan ye..nak sangat kan...huhu

tak pe bulan depan kalo rase tak mampu kita tuka murah sikit..eh tapi pelik. astro WARNA memang xdapat eh?? kena amek pakej apa tu. kawan aku amek pakej RM50 dapat pulak channel tu..korang amek yang mana? aku ni buta cikit bab2 cam gini..kikiki.

sib baik masa pasang free ajo...ok la..nak sambung tonton astro...eceh! hahaha k.bye.






20 Resepi Istimewa Bersama ESP



hari-hari kita tengok orang update pasal esp ni...memang pon kn...sebab ramai yang dah percayakan produk shaklee ni yang terbukti berkesan...hari ni kita nak kongsi sikit resepi-resepi yang best yang kita boleh combine kan dengan esp ni...





ha tengok tu....banyak kn...itu sampai hari yang ke 20...lebih pada tu kita try la pakai resepi sendiri ikot tekak masing-masing..

Cara Nak Bancuh Esp

1 sudu esp + minuman kegemaran (kalau nak buat tiga sudu terus pon boleh)
nak senang gunakan shaker sebab lagi mudah larut...shakeeee ajeeee.. senang kan?

Amaran Keras 


  • jangan bancuh esp dengan air panas,kafein dan berkabonat. ia akan menghilangkan nutrisi yang terkandung dalam esp.
  • jangan ambik esp lebih dari 3 SUDU @ 3 SCOOP sehari...sebab ia akan membebankan ginjal


sebab kenapa ramai yang pilih produk ESP

  • esp bagus untuk mencantikkan kulit muka, halus, gebu
  • esp bagus untuk menganjalkan payudara yang kendur dan mencantikkan semula payudara anda
  • esp bagus untuk membekalkan tenaga, boleh mengembalikan tenaga bagi badan yang lesu dan tak bermaya
  • esp bagus untuk membekalkan tenaga bagi ibu mengandung
  • esp bagus untuk penghasilan susu yang banyak dan pekat bagi ibu-ibu di luar sana
  • esp bagus untuk kuruskan badan sebab kita akan rasa kenyang dan kurang rasa nak makan
  • esp bagus untuk kulit berjerawat dan berminyak..membantu menghilangkan parut jerawat.
esp ni datang dalam bentuk serbuk dan xda scoop dia sendiri jadi pandai2 la korang cari sudu makan tu buat scoop eh.

Dah ramai yang cuba ESP ni dan dah ramai yang cakap produk ni memang best..sebab  memang terbukti berkesan.aku pon pakai esp ni juga..memang best..baru 4 hari try tapi da dapat rasa perubahan...especially kt muka lah..minyak tu da kurang...kalau tak kita ni stok bangun pagi kena lap muka dulu sebab minyak sangat2..bukan tak cuci muka sebelum tido tapi tak tahu kenapa..tapi sejak minum esp ni memang da kurang da minyak tu..bes sangat..

yang lagi satu yang best tu pasal esp ni dia bagi kita tenaga..macam aku kerja shift..pagi petang..pastu petang malam..tak menentu..tambah plak stock barang yang banyak nak kena susun kat guardian tu..balik penat-penat nak masak nak kemas umah nak basuh baju.. nak online...hehe..pastu kadang tu tak sempat siap sume keje tu tengok jam dah pukul 2..alamakkkkkk...esok pulak keje pagi...letih kan??

so sejak cosume esp ni badan kurang penat...mata boleh segar lagi walaupun pukul 2 pagi...badan da kurang sakit-sakit..kita dah try sebab tu kita boleh cakap esp ni memang best..

Siapa Yang Sesuai Ambik Esp
  • ibu mengandung
  • ibu yang menyusukan anak
  • wanita yang utamakan kecantikan
  • pesakit kencing manis dan darah tinggi, denggi
  • wanita yang sibuk dan perlukan tenaga tambahan
  • lelaki
  • perempuan
  • tua
  • muda
  • pesakit yang lepas operation
pendek kata ESP ni memang multipurpose dan very recomanded untuk semua lapisan....
hot seller sepanjang zaman..


nak order
whatapps/sms: 0133077243 (aishah)
sid: 1184739
email: isesha1212@yahoo.com


Hot Air Balloon Putrajaya

nak tengok hot balloon...nak tengok hot  balloon...nak tengok hot ballon.....itu la aku dok berzikir kt cik is...hari2 okeh sampai dia pon dok terikot2...jom kita p tengok hot ballooooooonnnnnn....sambil mulut muncung2 menganjing aku...haihhh rasa nak lempang laju2 jer..hehe..tapi tak leh la..sebab dia yang nak jadi driver aku kang...

dapat p jugak walaupun last day....kitorang bertolak dari kl dh tengah hari..maklumla driver i ni banyak songeh...lambat nau nak tunggu dia siap..orang nak p pagi2 boleh tengok diorang lepaskan belon tu awai ckit..xla panas...tapi takpela labu...tengah hari pon boleh..sebelum sampai sane mehla kita p lunch kt kenny rogers...kang da sampai sane xkoser aku nk cari makan..


aku ni dah la kebulur nasik...orang nak makan nasi campur dia nk makan kenny rogers..kesudahnye aku makan jugak la kenny roger tapi dengan syarat amek set ada nasik...so amek yg ni....sikit gila nasik dia....huh...sejemput je...

okeh perot da kenyang meh la kita teros kan perjuangan...sampai kat tol UPM kita kena mintak bantuan en waze..maklum la en is sy xpandai sangat jalan putrajaya ni...senang je..sebab kt web site HOT AIR BALLOON dia bagi siap dah cara nak sampai sane cmne kalo naek keta ke train ke bus ke...so sape naek keta boleh la set waze anda sume ke monumen alaf baru...

sampai2 tengok parking masih banyak yang kosong...oooo sib bek...kalo tak ni mau ngamuk driver i cari parking... panas jangan cakap la...lip...lip...cair mekap aih..di sebab kan banyak zon kt cni... so kitorang pakai jalan je ler...xtau nama apa zon dia...ada orang jual2... ada retis...ha dalam banyak2 kedai aku jumpa ini kedai...





nama...AISKRIM TONGKAT....unik betoi..aku bukan buleh dengar nama unik2 ni...mula la nak try...heheh...sib bek murah ja...RM5 satu tongkat..tapi aku amek flavour mix vanilla coklat jd harga up sikit jadi RM6..ok la...sampai tak abeh makan sebab aiskrim dia cepat cair dalam cuaca panas sangat. macam2 ada..rugi sape tak datang haritu...


dah puas jalan2..kmasa yang di nanti2 kan..tunggu belon panas naik ke udara ler......sejamkita gigih dok melangut tggu depa pasang belon..



akhirnya...pkul 6 sume da kuar berderet nak tunjuk muka...huhu....macam -macam bentuk ada... cantik....


yang bentuk muka orang ni diorang tak terbangkan pon... last2 kuncupkan balik..mungkin da problem kot..dah la lama gila nak besarkan dia..skali bila da besar sekejap je kuncup kan...lepas da abeh show moh ler kita beransur...g carik makan kat kedai tepi2 tu...perot da lapor....tapi kat sini tak yah risau sebab banyak kedai2 jual makanan..cuma sedia duit jelah..hahaha...kesimpulannye..memang santai datang sini... taun depan boleh datang lagi...iye dok cik is???? hihi...











eh...eh..ehh..sebelum tu sape2 nak order SHAKLEE direct whatapps 0133077243...sekarang masih lagi bulan promo ESP tau! k.bye.


Wednesday 18 March 2015

Atasi Kulit Muka Berminyak dengan ESP Shaklee

         morning..... pagi2 kita bangun hari ni walaupun keje petang..hihi..memang pagi sebab japgi nak sambung tido balik. tido ku terganggu pagi tadi gara2 ada makhluk yang kejut suh bukak pintu..uwaaa nak nangis ase..dah la semalam tido pukul 3..bangun jugaklak mak hencik nih..gigih pi cari kunci sambil genyeh2 mata..grrr...sudahnya sampai sekarang tak boleh tido lg..

eh lupa nak gitau...semalam kita da dapat ESP yang kita order aritu...punya lamela pending kan...bukan apa...barang nye da sampai tp tuan xda kt umah...pepaham jela abam2 pos laju tu..so kena la suruh dia hantar kali ke 2..tapi kena bajet betoi2 time aku cuti kalo tak kang tak pasal2 kne amek kt batu caves sane..




ni la ESP percubaan pertama kita,,,besau kau..haha..tengok dalam gambar kecik je..sekali sampai..eh..eh..betol ke aku punya..hahaha..jakun jap. yela..dah 850g...kalo kat guardian pon susu baby yg berat 850g pon lebih kurang besar ni

suka kitteww..dapat je teriuh p bancuh habaq ang...bancuh plain dulu..sebab nak tau taste original dia camne...masuk 3 sudu esp campur ngn air masak pastu kacau..jangan risau sebab tak berketul pon walaupon guna air sejuk..tapi jangan bancuh pakai air sejuk keluar dari peti ais atau air panas baru masak..

okeh...mula2 minum...emmm rasa soya la...memang soya...haha...da terang-terang tulis soy energizing protein memang la rasa soya...hahaha...rasa nak lempang diri sendiri..tapi cam tak manis...dalam hati aku, esok aku add on benda laen la bagi sedap...so gigih kan jugak diri telan slow2 bagi habis satu gelas...air ikot suka korang la nak pekat ke cair ke...aku buat so-so  je..

jadi pagi ni mulakan misi baru..jeng...jeng..jeng...ESP+MILO....wahhhhh sodap eh....laju je habis segelas...ha...baru kena ngan tekak i uollls...huhu...pastu yang best nye...bangun pagi tadi saje rabe2 muka...eh habit aku bangun pagi memang suka belek muka depan cermin...pastu td tengok cam eh...eh...xberminyak dh ler muka kitteww...auwwww...adakah penangan esp atau sebaliknyer...wahhhh sukanye! sukanye!.. kalo tak sebelum ni...bangun pagi je bertakung minyak kt muka...ohhh...dh boleh goreng telo mata!

so esok kita breakfast ESP lg...ermmm nk try resepi laen pulak...tungggu.....

Sunday 8 March 2015

Over Acting Sangat....



Bhahahaha.....ko tengok..tengok lala ni...adoi...sampai masuk dalam botol. Ni botol makanan dia...tapi da habis so masih ada saki baki sikit2.. mula2 panjat..skali terus dia masuk dalam...huahuahua..aku risau takut tak leh kuar je...sib baik badan dia kecik je..boleh kuar balik. Kalo tak ko dok kt dalam tu aku jadikan bahan uji kaji makmal..sibuk sangat. Dia tak leh bau makanan dia ni mesti kelam kabut punye ..

Shaklee!!!


Selamat pagi.....wah pagi sangat kita bangun.. bangun pagi2 cek hp. Kot2 ada order yang masuk..cek discussion group shaklee...kalo xda jom kita tarik selimut balik..haha..pemalas lipas punya anak dara..
Ahaaaa...bagi yang tak tahu...aku sekarang adalah  PENGGUNA dan PENGEDAR SHAKLEE. kalo nak buat cod pon boley..tp area wangsa maju dan wangsa walk aje okeh.
Cam ne aku leh terjebak nak masuk shaklee ni kan..alkisah sje je nak cari side income disamping mencari produk kecantikan dan kesihatan untuk diri sendiri. Almaklumla..kita kan tak brapa segak ...huhu...pastu terjumpa produk ni..lagi pon shaklee ni da lama wujud..cuma aku je yang tak tahu...whoho..
Ramai juga kawan aku yang da try utk diri sendiri dan da jual produk ni...alhmdullilah sumenya berjaya2 belaka...berjaya tambah duit dan berjaya langsing.bjaya cantik.
Urm...
Masa belajar kat upm dulu pon ramai juga kawan2 aku join shaklee. Tapi aku cam tak amek port pon..sekarang baru terbuka pintu hati nak try ..aku dah jadi ahli..mudah,murah sahaja nak jadi ahli..bayo rm75 aje...itu bayo sekali sahaja...pasni xperlu kuar duet pon nk bayar duit ahli tiap2 bulan ke tahun ke...itu sepanjang hayat ko la tu. Huhu...pastu dia akan pos starter kit member..di bagi beg shaklee yang dalam tu berisi buku2 pasal produt info, harga ,function produk tu..pastu de lagi buku pasal susur galur shaklee ni.. kelebihan jadi ahli...bonus..dan lain2 lagi la...haaa...aku pon tak sempat khatam lagi buku tu...asal balik keje je terbongkang tido..haishh!!
Sebenarnya masih menunggu produk ESP ku yang pertama.. sepatutnya da smpai..tapi masa abang pos laju tu sampai aku tak balik keje lagi..makanya..kena tunggu penghantaran kali ke-2 ler....adehla...xpe...nanti da sampai aku up entry lagi pasal esp tu ye...


Boleh order shaklee kat saya yer
0133077243 (aishah)
Sid : 1184739


Pelanggan vs Customer


Ni kisah masa borak2 kosong dengan cik is atau dengan kata laen borak bodo-bodo. Sembang pasal bisnes shaklee aku.

C.is: dh ramai ke customer 
Aku: belom lagi..baru start mana nak dapat pelanggan lagi
Cik is: customer la...ada pulak pelanggan. Bunyi cam apa da panggil pelanggan
Aku: ??? Aik salah ka. Pelanggan kan bhs melayu. Tak yah dok omputeh sangat aih..

Pfffftttt....betol la kan. Ke bahasa inggeris aku dah makin slow..terus rasa nk bukak google translate...

Huhu....
Moral of da story # jangan salah phm maksud satu2 perkataan tu..hek ele...padahal dia phm "pelanggan" lain lettew..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...