Tuesday 28 April 2015

Jom Bermasker Dengan Esp a.k.a Tepung Ajaib


Tada....semalam adalah hari rajin...rajin apa?...rajin nak manjakan muka..dah lama rasanya tak belai2 muka ni...

So sebab semalam tak sempat nak minum tepung ajaib so kita decide nak tempek je kat muka ..

Misi pon bermula...

Ambik 1/2sudu besar serbuk ESP tambah je dengan air sikit..bagi ala2 pekat macam bedak sejuk gitu..kacau bagi rata lepas tu boleh la sapu kat muka..
Biarkan dalam 30 minit lepastu bolehla basuh..

Tapi masa pakai masker ni memang muka rasa sejuk dan tegang gila..nak cakap pon macam susah..mungkin sebab pakai tebal kot..bila tengok ada lagi lebih bancuhan tadi so sapu jugak kat tangan..

Masker ni boleh pakai hari2 selagi rajin..nanti kulit rasa halus je..kalo xpercaya boleh try..selain haluskan kulit ESP ni jugak memudarkan parut..parut tu takla hilang terus tapi makin pudar sikit demi sikit..
Disebabkan shaklee ni pakai bahan semulajadi so ambik masa jugak nak nampak perubahan..cuma yang pentingnya kena consistent..
Kita pon da habis satu tong ESP baru kita nmpk parut kita makin pudar kulit rasa gebu je..dulu macam tak caya..sekarang baru caya..



Kalau rasa nak kulit cantik dan halus atau nak try tepung ajaib ni boleh direct wasap 0133077243
Pengedar sah shaklee



Saturday 18 April 2015

Penyebab Utama Masalah Jerawat



Jerawat ooh jerawat..memang sangat sinonim dengan aku..terutama sekali kalau dh dekat2 nk period...wahh bercambah macam cendawan tumbuh lepas hujan..
Macam jenis jerawat yang keluar time tu..yang bernanah, pasir, batu semua cukup..pastu sakit atiiiii je bila tengok cermin..bila dh sakit ati mula la nk picit2 jerawat tu bagi pecah. Sampai kuar nasik! Hehe..aku panggil nasi yang bijik kuning tu..bila picit je pop! Pecah terpercik kt cermin...wahhh nikmat ko...haha. .macam tak senonohkan tapi tu la hakikat aku..

Dan yang paling tak best bila tinggal parut..sana itam sini itam..terus tambah lagi stress..pastu dok pk nanti nk keluar jumpa orang cmne..nak bercakap ngan orang kang orang dok tengok muka kita yang compang camping ni..huhu..

Nak pulak orang yang jenis keje dia kena berdepan dengan orang..promoter ke..nak promote produk kecantikan tapi muka sendiri cmtu..so sebab tu kita kena tahu sebab apala tumbuh jerawat ni.

1.Perubahan hormone
Apabila berlaku perubahan hormone seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormone dalam badan,iaitu hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita.Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormone ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan.Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an.Selain drpd itu,penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.

2.Tekanan (Stress)
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.

Tekanan fizikal:
1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
3. Jadual seharian yang sangat ketat
4. Merokok, pengambilan dadah

Tekanan emosi
1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
2.Buli
3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
4.Kerja /study yang banyak

3.Pemakanan
Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,
belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.

4.Toksin
Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain

5.Faktor Genetic
Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.

6.Allergic atau alahan
Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit..Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat.Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.

7. Perubahan biologi badan
Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC  (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)

8.Persekitaran & Pencemaran
Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

9.Jangkitan pada kulit & Resdung
 Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.

10.Faktor Cuaca
Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar.

KEDUDUKAN JERAWAT

Sekiranya jerawat berulangkali naik di tempat atau area yg sama,ini menggambarkan area dalaman kita yg tertentu mempunyai masalah,tetapi sekiranya setiap kali ia tumbuh di tempat yg berlainan,itu adalah normal.Tidak semestinya jika kita mempunyai masalah dalaman,jerawat wajib tumbuh di kawasan muka yg tertentu.Ada juga diantara kita ada masalah dalaman tp kulit muka tiada masalah tp lebih baik jika kita tahu apa yg ada d luaran skrg dtgnya dr dalaman supaya kita dpt mengambil berat masalah dalaman tersebut.

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi memastikan toksin tersingkir


Bila kita dh tahu sebab kenapa jerawat boleh tumbuh maka senangla kita nk merawatnya...tp bukan dari luar malah yang pentingnye dari dalaman..dapatkan supplement yang betol untuk merawat tiap mslh anda.

Vitamin c+ vitamin e+ESP dari Shaklee untuk set jerawat yang berkesan..
Sy pengedar shaklee yang sah..
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 0133077243




Monday 13 April 2015

Apa yang Saya Rasa Bila Minum ESP??


Hehe...tak de apa-apa..kita nak share pengalaman sendiri lepas dh sebulan minum Esp..huhu..macam tak caya pulak da sebulan. Rasa macam baru semalam dok tunggu abg pos laju anto tin ESP tu..

Tp tula kenyataannya..hari 1st minum memang berkobar2 ko..wah..bes tak sabar nk tengok hasil..haha..kejam betol baru try teros nk tengok hasil...hihi..

Masa mula2 sampai tu cam terkejut jap. Eh besarnye tin dia...tengok gambar tecik je..hurmmm...

Bukak la...pastu tengok dalam tu isi dia cam serbuk tepung gitu..wahh..bes ni. Kita pon 1st try meh la kita bancuh gitu je..tak payah nk mix dengan air lain..sebab nak rasa pure dia camne...wakaka..

Sekali bancuh 3 sudu jugak la...huhu..minum...gulp! Gulp! Waa payau pulak rasa dia...memang rasa soya kau...tapi takdela manis pon..air satu gelas...uwaaa sampai picit2 idung jugakla nk habiskan segelas..huhu..nk muntah pon ada gak..adoi pastu terus pk cmne nk habiskan 1 tin ni.

So bermulanya misi tanya menanya antara sifu2 hebat dalam shaklee..diorg pon masing2 bagi fedback n resepi diorg sendiri pasal Esp ni..ada mix dengan jus, dgn milo,dengan yogurt, mix dengan sunquick...jnji jangan guna air panas dan jangan try mix dengan kafien n air gas...urmmm...

So esok tu try la cmpur milo ngn nestum dlm Esp tu..tambah pulak ais...Gulp! Gulp! Tengok2 dah habis segelas...sedap pulak..rasa lemak gitu..esoknya try lagi...lusa try dengan air oren..pon sedap...so dalam hati, lepas ni boleh angkut lagi sebotol..

Sekarang ni dah sebulan minum..baru habis separuh tin..jimat pulak..rasa minum banyak dh..yang syoknye bila kita dapat beza kulit kita sebelum dengan selepas consume Esp ni..

Memang kulit I jenis kering....tapi sekarang, rasa gebu je...lain sangat la..tak tau nak bagitau macam mana tapi tula..bes je..rasa nk pegang selalu.

Lagi satu kita memang suka ambik esp ni ikot suka kita je...kejap pagi kejap petang kejap malam..bila ambik pagi, tengah hari tak yah risau dh sebab kenyang lagi...so makan lunch simple2 jela.kalau malam pon camtu..tapi kalau ambik malam..senang nak bangun pagi..badan tak rasa sakit pon..yela kita kerja macam buruh kasar kat guardian tu...huhu..

Muka pulak kurang berminyak...seronok lah melalui hari2 dengan ENERGIZING SOY PROTEIN ni...walaupun ramai orang cakap harga dia mahal tapi masih ramai yang membeli..




Thursday 9 April 2015

Jom Bermasker Dengan Esp



Assalamualaikum..

hari ni kita nak share cara buat masker pulak..dapat ilmu baru harusla disebarkan..iye tak??
shaklee ni ada banyak produk yang boleh buat masker. bukan je boleh makan..tampal kat muka pon boleh..jaga luar dan dalam barula dapat hasil memberangsangkan.

masker ni kita boleh buat 2 atau 3 kali seminggu..bergantung pada tahap kerajinan diri masing2 lah yer..




  • MASKER ESP & YOGURT ASLI
BAHAN-BAHAN:

**1 sudu besar yogurt asli
**1/2 sudu besar ESP 
**3 sudu besar air kosong (untuk bancuhan tak perlu cair atau pekat sangat)

CARA-CARA:

** bancuh serbuk ESP dalam bekas dengan air dan kacau perlahan-lahan
**tambah yogurt ke dalam bancuhan pes ESP tadi
**sapu pada muka dengan rata, mulakan dari bawah dagu dengan arah naik ke atas
**biarkan kering selama 20-30 minit
**bilas muka dengan air suam terlebih dahulu kemudian bilas dengan air suhu bilik
**bagus amalkan setiap malam





  • MASKER ESP & ALFALFA COMPLEX
BAHAN-BAHAN:

**1 biji alfalfa complex
**1/2 sudu besar ESP 
**3 sudu besar air 

CARA-CARA:

** bancuh serbuk ESP dalam bekas dengan air dan kacau perlahan-lahan
**hancurkan ALFALFA jadikan serbuk & tuang ke dalam bancuhan ESP tadi
**sapu pada muka dengan rata, mulakan dari bawah dagu dengan arah naik ke atas
**biarkan kering selama 20-30 minit
**bilas muka dengan air suam terlebih dahulu kemudian bilas dengan air suhu bilik
**amalkan sekurang-kurangnye 2x seminggu







  • MASKER ESP & VITAMIN E SHAKLEE
BAHAN-BAHAN:

**1 kapsul VITAMIN E complex
**1/2 sudu besar ESP 
**3 sudu besar air 

CARA-CARA:

** bancuh serbuk ESP dalam bekas dengan air dan kacau perlahan-lahan
**koyakkan kapsul Vitamin E & tuang ke dalam bancuhan ESP tadi
**sapu pada muka dengan rata, mulakan dari bawah dagu dengan arah naik ke atas
**biarkan kering selama 20-30 minit
**bilas muka dengan air suam terlebih dahulu kemudian bilas dengan air suhu bilik
**amalkan sekurang-kurangnye 2x seminggu
** hasilnya kulit lebih lembut& lembap

**note: masker Vitamin E boleh juga terus dibuat tanpa bancuhan ESP. Hanya koyakkan ke serata kulit. ia boleh dibiarkan semalaman


  • MASKER ESP & VITAMIN C
BAHAN-BAHAN:

**1 tablet VITAMIN C (patahkan 3 bahagian, 2/3 lagi boleh disimpan untuk kegunaan masker seterusnya atau di kongsikan bersama tersayang)
**1/2 sudu besar ESP 
**3 sudu besar air 

CARA-CARA:

** 1/2 Vit C tadi dilarutkan dalam air sehingga kembang
**setelah Vit C kembang campur bersama serbuk  ESP tadi
**sapu pada muka dengan rata, mulakan dari bawah dagu dengan arah naik ke atas
**biarkan kering selama 20-30 minit
**bilas muka dengan air suam terlebih dahulu kemudian bilas dengan air suhu bilik
**amalkan sekurang-kurangnye 2x seminggu


Ni antara testimoni mereka yang pernah mencuba..


 






Wednesday 8 April 2015

Keunikan GLA COMPLEX


Hai assalamulaikum...
semalam ada kastemer tanya pasal GLA COMPLEX dari shaklee...ok meh kita bukak buku sikit pagi2 ni...freshkan minda dengan GLA atau nama panjangnye gamma-linolenic acid..sedap nama dia tapi sebab tak mau tergeliat lidah nak sebut kita panggil je GLA.



kebanyakkan GLA yang ada di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO) , tapi GLA dari shaklee ni diekstrak dari bunga herba borage yang mengandungi lebih dari 2x ganda GLA dlm EPO.
borage juga adalah 3x lebih dari segi biovailabiliti dan 3x lebih berkesan dari EPO. Wow hebatkan??

jadi, setiap butiran kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

KEISTIMEWAAN GLA

  • membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • membantu meningkatkan kesuburan
  • melegakan PMS (sindrom pra haid)
  • membantu dalam menangani menapous
  • menguatkan kuku dan rambut
  • menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • membantu menangani ekzema
  • melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • mengandungi vit E yang membantu menguatkan dinding arteri
  • menguatkan imuniti tubuh
  • memperlahankan proses penuaan
  • mengurangkan blood-clot yang boleh sebabkan serangan jantung
  • mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • mengawal kolesterol
  • untuk fungsi saraf

GLA COMPLEX amat digalakkan untuk mereka

  • ingin mendapat zuriat
  • mengalami kitaran haid yang tak tetap
  • sering mengalami segugut. GLA merupakan bahan binaan Prostaglandin yang penting untuk proses kimia dalam tubuh
  • mengalami masalah kulit seperti ekzema dan kekeringan
  • diabetes. GLA membantu mengawal insulin dan paras kolestrol juga mengurangkan kesakitan dan kebas-kebas yang biasa dialami oleh penghidap diabetes
  • masalah berat badan berlebihan disebabkan hormon
  • ingin mendapatkan kulit cantik bebas jerawat dan jeragat
  • mereka yang menghidap penyakit arthritis reumatid

harga GLA COMPLEX(60 biji)  RM91.25 (WM) / RM95.00 (EM)

untuk konsultasi  dan nasihat cara makan yang betul sila hubungi

013-3077243
sid 1184739





Tuesday 7 April 2015

Vita-C Shaklee is AWESOME!!




hihi...ni terpengaruh dengan ABPBH la ni....gemuk is osem!

ohh memalam ni kita nak sembang pasal vit c...sebab aku tengah excited nak beli vita c dari shaklee ni..sebenarnye nak tgu customer nk order haritu..jadi nk beki sekali je...ermm..sebenarnye hari tu aku da terbaca pasal vitamin c...vitamin c untuk cantikkan kulit la, untuk halang dari kena serang penyakitla..so meh nak kongsi sikit..setiap tablet vitamin c mengandungi 7.5 hidangan sebijik buah termasuk kulitnye. kulit pon ada vitamin c?? ohhh buah oren...tapi saya ni jenis pemalas nak potong buah ore..kiki..buah oren banyak je dalam peti ais tapi tak makan2...sebab?? malas nak potong..kikiki. so macam mana nak dapat vit c kan..

so kalo beli vita c dari shaklee ni senang ckit..dua bijik sehari je telan..kecik..boleh bawak g tempat keje..ha..letak je dalam pill box. nanti lepas breakfast ke lepas lunch ke boleh telan teros.

pastu yang syoknye pasal vit c  shaklee ni dari vit c lain2 sebab pembebasan vit c shaklee ni secara berterusan da SEMULAJADI..So setiap jam ia akan bebaskan sebanyak 1.5 vit c dalam tubuh kita tau....rasa hebat pulak...so badan kita takkan hilang vit c la kan...pastu ujian klinikal pulak telah membuktikan vit c di dalam 2 tablet vitamin SHAKLEE (dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam!wohooo bestkan.

KEISTIMEWAAN UTAMA

  • MEMBENTUK KOLAGEN
***Merangsang pembentukan kolagen. kalogen adalah sebatian asas otot, tisu,gusi,rangka dan tulang rawan. oleh itu ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot jadi lembik
  • MEMPERBAIKI SIMPTOM PENDARAHAN
***kekurangan vitamin c adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit,pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar
  • PENINGKATAN SISTEM IMUN
***membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan flu dan selesema.
  • MEMERANGI KANSER
***mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
  • MENCANTIKKAN KULIT
***ambil vita c setiap hari untuk kulit yang cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmen. pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • MEMPERBAIKI INSOMNIA
***memperbaiki insomnia, stress masalah berkaitan mental seperti keresahan
  • MENGEKALKAN KOLESTEROL SIHAT
***mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi





seronok dengar kebaikan VIT-C.kalo korang pon rasa nak try..boleh hubungi no ni 0133077243..nak mesej ke wasap ke pon boleh..saya jual shaklee. JOM ORDER!!







Monday 6 April 2015

Laksa Di Kayangan



terliur pulak tengok laksa ni...haish! aku tak sah kalo tak masak laksa tiap bulan..jadi rutin pulak.. laksa ni kegemaran sepanjang zaman tau..g la kat mana pon...laksa utara jugak paling best!!
selalu tengok kat pasar malam...nampak sedap tapi akhirnye kuciwa...huhuhu...rasa tak seindah rase. tawar la, cair la,.tapi harga bukan main lagi mahal...
jadi untuk kepuasan diri sendiri baik masak sendiri. konpem2 sedap kenn...kalo aku masak laksa suka pakai ikan sardin seab dia buat kuah lagi pekat dan rasa lemak. pakai 5 eko pun da cukup pekat..tapi tu untuk makan 3 orang jela..ala tapi kengkadang tak habis pon...masuk peti. esok perangat, lagi sedap!

kalo tak habis jugak nanti gi buat bihun goreng. makan dengan kuah laksa tu..perrggghh sedap wey!!
ingat lagi dulu masa sekolah rendah selalu makan laksa dalam plastik pastu sedut kuah pakai straw. bila da abih. ikat plastik tu pastu gigit kat belah bawah plastik tu makan isi dia pulak...fuhhhh nikmatnyela...memori indah betol..sekarang agak2 ada lagi tak budak sekolah buat camtu ek..memang bes la...tak pon dulu aku suka makan kuah laksa dengan nasi lemak..hahaha..bunyi cam pelik..tapi sedap...masa beli nasi lemak dekat makcik kantin tu aku selalu mintak nak letak kuah laksa atas nasi tu..sedapnye...huhu..tiba2 terimbau kenangan lama pulak..kikiki.
ada lagi kuah dalam peti tu..tak boleh jadi ni..nak kena goreng bihun jap g..tapi sebelum tu nak share dulu resepi laksa ni..jom salin cecepat!

BAHAN UNTUK KUAH
6 eko ikan sardin
1 biji bawang besar
6 bijik cili hidup
2 senduk cili kisar
3 asam keping
sedikit belacan
daun kesum
bunga kantan
garam
bahan perasa

BAHAN LAIN
setengah paket laksa kering
2 bijik telo
timun
daun salad
bawang potong nipis
cili


Mula2 mestila kena rebus ikan..taruk sikit asam keping..pastu bila da masak asingkan isi dan kuah..
isi tu blander dulu masuk dalam periuk. blander halus tau nanti baru cantik dan pekat kuah dia..tulang ikan tu jangan buang. Blander semua pakai air rebus ikan tadi. Tapis dulu tau sebelum tuang..kang penuh tulang temulang ikan tu dlm kuah nanti
pastu blander bawang besar, cili dengan belacan..lebur sekali dalam periuk.tambah air ikot pekat mana korang nak. pastu campak je asam keping, bunga kantan daun kesum dan buh garam dan perasa. bagi dia masak betol2
sambil2 tu rebus la laksa tadi sampai kembang dan lembut...kalo nak cepat. laksa tu rendam dulu nanti baru cepat sikit. tapi aku selalu tak rendam pon..pakai rebus je..pastu letak telo sekali..rebus dua2 dalam periuk tu. jimat masa..
nt boleh la hidang dengan daun salad, timun semua...nak lagi sedap makan denagan ulam raja kalo tak pon daun selum...perghhh...tambah dengan otak udang sikit....huhu..meleleh tau.





Ketumbit Tumbuh Bagaikan Juara di Mata| merbahaya ke??




Mata kena ketumbit?? malunye....mesti orang cakap aku mengendap orang mandi ni..huhu..tu la yang selalu orang cakap kan kalo mata kita naik ketumbit..sebenarnye tak...

PUNCA DAN GEJALA KETUMBIT?

KETUMBIT boleh dibahagikan kepada 2 jenis. yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. jenis kedua ialah keradangan disebabkan penyumbatan pada kalenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazoin.

BERBAHAYA KE KETUMBIT NI?

KETUMBIT ni tidak berbahaya pada seseorang cuma ia akan menyebabkan seseorang itu rasa tidak selesa dan menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata. kadang2  seseorang tu boleh dapat ketumbit lebih daripada satu. tapi jangan risau sebab ia tak merbahaya.

ANTARA GEJALA LAIN YANG MENGIRINGI KETUMBIT

# mata berair
#mata terasa gatal
#mata jadi sensitif pada cahaya
#kelopak mata menjadi merah dan bengkak

biasanya ketumbit ambik masa dalam 3 hari sebelum pecah dan kering

ANTARA PETUA TRADISIONAL UNTUK HILANGKAN KETUMBIT


  • tuam dengan tuala kecik yang dah direndam dalam air suam kuku.lakukan 3x sehari
  • titiskan susu ibu pada mata yang terkena ketumbit tadi
  • baca selawat sambil pegang mata yang kena ketumbit. kemudian buat2 buang ketumbit tu dari mata
  • tenyeh dengan bawang putih
tapi kadang2 kita susah nak buat semua tu kan..kat sini saya ada satu cara lagi untuk mengubati ketumbit..iaitu sapu dengan HERBAL BLEND..hanya sapu pada bahagian kena ketumbit tu je..insyaallah boleh hilang..sudah ada yang mencubanya dan terbukti berkesan.. Herbal blend ni bukan saja untuk ketumbit,untuk gatal2,kulit kering, ruam dan macam2 lagi...murah ajer..dah la kecik..senang nak bawak travel..yang penting ianya FREE PARABEN.








tak tahu nak beli kat mana? hubungi no 013-3077243..





Thursday 2 April 2015

Resepi Sup Ayam Campak-campak



Resepi paling mudah dan ringkas dan pemalas untuk aku..




Ni masakan yang sedap dan senang nk masak..pejam mata pun boleh siap..hahaha..belagak gila..rasa tolak tepi.

Bhn2:
Ayam
Sup bunjut
Kiub ayam
Ubi kentang
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Daun sup
Garam
Suhun

Caranye senang je...rebus ayam. Campur halia, ubi kentang dengan segala bawang dlm periuk tadi..rebus sampai kentang empuk..masukkan sup bunjut dengan kiub ayam
Jangan lupa perasa dengan garam. Bila da siap campak je suhun dengan daun bawang..siap! Senang kan...rebus je..tak payah tumis bagai. Ringkas jo.

Shopping Sebelum GST??





Shopping sebelum gst?? Huh...xda maknanye..ni shopping time dpt gaji..gini ler jadinya..penuh 1 troli..siap kena tambah lagi 1 troli lg..hihi

Macam2 angkut macam nak makan 10 orang..sudahnye xabis pon..
Tiap2 bulan cam gini..maklumla nak jimat kena masak sendiri. Lgpon da tak tahu nk makan pe kat tempat keje tu. So better masak sendiri konpem puas ati! 
Kalo beli ada he complaint kan..itu la. Ini la..ni nak pulak dh Gst..pg semalam beli nasi lemak kt cold storage..nasi lemak + telo mata+sambal ( ada ikan bilis 2 eko)=rm3.00..itu TERMASUK GST tau.
Mkn nasi lemak pon kena GST okeh! Padanla dengan muka sape suruh beli dekat cold storage.

Lepas ni bawak bekal jela hari2..jimat! Sedap! Bersih lagi tau..
Aihhh..nak nangis rasa..sume benda mahal. Tapi gaji tak naik2 jugak..dok byk tu lagi..
Jadi aku da buat budget sendiri tiap2 bulan..duit makan, duit beli barang,duit topup,duit bayar sewa dan bil sume dah asing siap2..dapat je gaji terus bayar..jadi takla terpakai duit tu..urmm..ni cik is punya idea dan draft yang dia suh aku buat..untukkk persediaan nak kawin...ecece...gatai na..


Jomla berjimat cermat ye...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...